KUALA KUBU BAHARU: Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pengumuman Calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, pada Khamis.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei ini.

Manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas. 

BERITA LANJUT MENYUSUL